Kena Pakai Lilin Ajerrrlaaaaaaa....  

Posted by: Julia in

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-bena pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "ini rumah Encik Mahpus ker?" "Iya, saya ni isterinya... ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya...lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ...Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan... Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yang datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik, apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? Belahhhh lahh.... "Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya....... ...." Si Mahpus mencelah "apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye....ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA. ..."

This entry was posted on Monday, March 16, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment